KUALA LUMPUR: Pemilik rumah boleh menghubungi Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mendapatkan pengesahan pengenalan diri pemasang meter pintar bagi mengelak penyamaran oleh pihak tertentu bagi tujuan tidak baik.
Pengarah Projek Advanced Metering Infrastructure (AMI) TNB Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata mengikut prosedur, setiap pemilik kediaman yang terlibat dengan pemasangan meter pintar akan menerima notis sebelum pemasangan dilakukan sebagai langkah pemakluman dan temu janji.
"Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 sekiranya mereka ragu-ragu dan ingin mendapatkan pengesahan," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Mohamed Ghous berkata bagi kediaman bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri, makluman pemasangan akan dibuat menerusi persatuan penduduk atau badan pengurusan bersama (JMB) bangunan sebelum pemasangan dilakukan.
Justeru, katanya pemilik rumah berhak dan wajib menghalang mana-mana petugas pemasangan meter pintar yang meragukan, tidak memakai pakaian seragam atau menunjukkan kad pengenalan diri.
Beliau berkata setiap petugas pemasangan meter pintar itu juga diwajibkan memakai pakaian seragam berwarna oren dan vest serta perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang membuktikan mereka adalah kontraktor pemasangan meter pintar TNB.
"Pemasangan meter pintar yang kini giat dilaksanakan di Lembah Klang adalah percuma dan hanya mengambil masa kira-kira sejam untuk dipasang," katanya menambah kerja-kerja pemasangan meter pintar ini akan dilakukan sepasukan dua petugas bertauliah dan terlatih.
"Mereka terdiri sama ada dalam kalangan kakitangan TNB sendiri atau kontraktor yang dilantik," kata Mohamed Ghous.
Menurut beliau bacaan meter pintar juga adalah tepat dengan setiap meter diuji serta ditentukur berdasarkan piawaian oleh SIRIM; mematuhi Akta Timbang dan Sukat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; serta menerima sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Sistem komunikasi meter pintar pula disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
TNB merupakan ejen pelaksana program pemasangan meter pintar dalam usaha kerajaan memperkasa pengguna dan meningkatkan pendigitalan dalam kalangan rakyat dan dilaksana di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
Kerja-kerja pemasangan meter pintar baharu di seluruh negeri Selangor oleh AMI Distribution Network (DN) Selangor dan kontraktor lantikan Tenaga Nasional Berhad di Taman Setia Warisan Subang. - Foto BERNAMA
Mahkamah benarkan permohonan Fahmi Fadzil batal tuntutan balas Ahmad Dusuki
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Fahmi Fadzil untuk membatalkan tuntutan balas yang dikemukakan oleh penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
Tapak pemprosesan bangkai haiwan haram diarah tutup serta-merta
Pengusaha tapak pemprosesan bangkai haiwan secara haram di Kampung Baru Chenderong diarah menghentikan operasi serta-merta.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Farm Fresh bawa ‘cahaya’ pada kanak-kanak Malaysia
Program Susu Sekolah (PSS), Farm Fresh merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.
TNB jangka lebih 1.8 juta pengguna meter pintar menjelang akhir tahun
Lebih 600,000 lagi pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menjadi pengguna meter pintar menjelang hujung tahun ini berikutan penyambungan semula projek pemasangan meter pintar yang sebelum ini di
Kombinasi meter pintar dan MyTNB bantu kawal penggunaan elektrik
Kajian mendapati, kesemua 24 peratus pengguna meter pintar di Melaka yang memantau penggunaan elektrik di rumah melalui MyTNB dapat menurunkan kadar bil elektrik.
Hubungi TNB untuk sahkan identiti pemasang meter pintar
Pemilik rumah boleh menghubungi Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mendapatkan pengesahan pengenalan diri pemasang meter pintar bagi mengelak penyamaran oleh pihak tertentu bagi tujuan tidak baik.
Meter pintar mampu ubah tabiat penggunaan elektrik
Sejak diperkenalkan, teknologi itu mendapat sambutan hangat rakyatnya kerana dapat membantu mereka menjadi semakin bijak dalam menggunakan tenaga elektrik secara efisien.
TNB bakal perkenal meter pintar menjelang 2020
Tenaga Nasional Berhad merancang untuk memasang infrastruktur permeteran canggih (AMI) atau meter pintar bagi 8.5 juta pelanggan di negara ini menjelang 2020.
Kerajaan cadang perkenal dua tarif elektrik menerusi mekanisme eTOU
Tarif elektrik dicadang dikekalkan pada waktu siang manakala kadarnya dikurangkan pada sebelah malam.